Fakta penting Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Company

Syarikat Carbolic Smoke Ball mengeluarkan produk yang didakwanya boleh mencegah selesema apabila diguna. Syarikat ini kemudiannya menerbitkan iklan yang menjanjikan £100 kepada sesiapa yang mendapat selesema selepas menggunakan produknya mengikut panduan yang dinyatakan dalam iklannya.

Secara spesifiknya, mereka menyatakan:

Ganjaran £100 akan dibayar oleh Syarikat Carbolic Smoke Ball kepada sesiapa yang mendapat selesema, batuk atau apa-apa sakit yang disebabkan batuk, selepas menggunakan bola ini tiga kali sehari selama dua minggu mengikut panduan yang disertakan setiap bola. £1000 disimpan dengan Alliance Bank, di Regent Street, menunjukkan keiklasan kami dalam perihal ini.

Puan Carlill yang bergantung kepada perjanjian yang dibuat dalam iklan berkenaan, membeli salah satu daripada bola ini dan menggunakannya dalam cara yang dipandukan, tetapi masih mendapat selesema.